Aktiviti Yang Dijalankan Sempena Ulangtahun ke 100
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Sempena dengan sambutan ulangtahun ke 100 ini, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah akan mengadakan beberapa aktiviti termasuk aktiviti amal untuk memperingati ulangtahun tersebut. Sebahagian daripada aktiviti yang dianjurkan terbuka kepada orang awam untuk menyertainya. Diantara aktiviti-aktiviti tersebut adalah :-

a)   Perkhemahan Perhutanan

Perkhemahan untuk pelajar sekolah di dalam kawasan hutan. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan mereka kepada fungsi dan peranan hutan kepada alam sekitar. Program ini di harap akan dapat memupuk rasa tanggungjawab pada alam sekitar terutamanya dalam menyayangi dan menjaga hutan kita.

26 – 29 Mei 2001

Lokasi                :   Hutan Lipur Bukit Hijau

Peserta               :   Pelajar Tingkatan 1 hingga 6

Bilangan Peserta :   70 orang

b)   Kem Remaja Alaf Baru Kedah “Cintai Alam dan Benci Dadah”

Kem ini diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia Negeri Kedah dan Jabatan Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk menyedarkan golongan remaja betapa pentingnya gaya hidup bersih dan sihat, dan sekaligus menyintai alam sekitar serta membenci gejala sosial  yang tidak baik seperti dadah dan sebagainya.

Tarikh             :  05 – 07 Julai 2001

Lokasi             :  Hutan Lipur Bukit Hijau

Peserta            :  150 orang

c)    Forest Eco-clean dan Forest Run

Aktiviti pembersihan denai hutan peringkat Negeri Kedah atau Forest Eco-Clean akan dijalankan serentak dengan aktiviti Forest Run atau Larian Hutan, bermula dari kaki Gunung Jerai ke Puncak gunung. Forest Eco-Clean adalah pembersihan laluan bertar dari kaki Gunung Jerai ke Puncak, sementara itu Forest Run juga akan bermula dari kaki Gunung Jerai di Gurun hingga ke puncak gunung. Hadiah istimewa akan disediakan kepada pemenang-pemenang Forest Run. Peserta-peserta daripada pasukan pakaian seragam, badan-badan sukarela, pihak NGO dan jabatan-jabatan kerajaan adalah dipelawa untuk menyertainya. Borang penyertaan untuk program ini boleh didapati dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Program ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah

Tarikh                :   04 Ogos 2001

Lokasi                :   Hutan Simpan Gunung Jerai

Peserta               :   Pelbagai Kategori (1,000 orang)

Tarikh Tutup      :    17 Julai 2001

d)     Cabaran Gunung Bintang  

Gunung Bintang yang mempunyai ketinggian 1,862 m dari paras laut dan jarak perjalanan sejauh 14 km, ke puncak dengan pelbagai khazanah alam seperti flora dan fauna amat sesuai untuk ditawan oleh mereka yang cintakan cabaran. Program ini diperkenalkan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya alam semulajadi dipelihara untuk pelbagai tujuan kehidupan termasuklah untuk rekreasi dan sebagainya. Peserta-peserta yang berminat untuk  menyertai program ini, boleh menghubungi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk mendaftarkan diri.

Lokasi               :   Hutan Lipur Sungai Sedim

Peserta              :   100 orang

Tarikh                :    27 - 29 Julai 2001          

Tarikh Tutup      :   20 Julai 2001

e)    Program Amal Derma Darah 

Jabatan dengan kerjasama pihak Hospital Alor Setar akan mengadakan Program Amal Derma Darah bagi membantu menampung keperluan darah negara. Peserta-peserta yang berminat untuk menyertai program ini, boleh menghubungi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk mendaftarkan diri. Cenderamata istimewa akan diberikan kepada penderma-penderma

Tarikh                :    25 Oogos 2001

Lokasi                :    Hutan Lipur Bukit Hijau          

Tarikh Tutup      :    10 Ogos 2001 

f)     Temubual Dengan Pesara

Temubual dengan bekas kakitangan Jabatan Perhutanan yang telah bersara akan diadakan untuk mengetahui pengalaman dan sejarah penglibatan mereka dalam jabatan sepanjang tempoh kerjaya mereka. Melalui temubual mereka, kita akan dapat melihat bentuk tugas dan tanggungjawab mereka pada masa dahulu berbanding sekarang. Beberapa peserta akan dipilih dan temubual dengan mereka akan direkodkan dan dirakamkan dengan video.

Tarikh:                :  11 Jun 2001

Lokasi                :   Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Peserta               :   4 orang Kakitangan Jabatan yang telah bersara 

g)     Pameran Perhutanan  

Sempena sambutan ulang tahun ke -100 ini, pihak Jabatan Perhutanan Negeri akan mengadakan beberapa pameran yang berasingan dalam menyampaikan mesej sambutan ini kepada masyarakat awam. Selain pameran yang sedia ada di Muzium Perhutanan Gunung Jerai, pihak Jabatan juga akan mengadakan dua (2) pameran sempena sambutan 100 tahun JPSM dan satu (1) pameran sempena sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Kedah.

Pameran I

Tarikh             :   23 -25 Julai 2001

Lokasi            :    Ruang Legar City Point 

  

Pameran II  

Tarikh             :   13 -20 Oktober 2001

Lokasi            :    Ruang Legar Star Parade / City Point 

*  Hari Perhutanan Sedunia

Serentak dengan Program Pelancaran Buku Air Terjun di Negeri Kedah oleh YAB Menteri Besar

Tarikh            :      7 Ogos 2001

Lokasi            :      Hutan Lipur Lata Bayu

h) Jamuan Makan Malam Bersama Perdana Menteri

Acara kemuncak Sambutan Ulangtahun 100 tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ini ialah Jamuan Makan Malam yang akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Ia akan diadakan pada 16 Oktober 2001 di Kuala Lumpur.

i)    Pelancaran Buku Sejarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Setem Pos Kenangan

Program ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Tarikh             :  16 Oktober 2001

Lokasi             :  Kuala Lumpur 

Sempena sambutan ulangtahun ini Jabatan Perhutanan telah mengeluarkan beberapa jenis cenderamata dengan harga yang menarik dan berpatutan, untuk dimiliki oleh orang ramai sebagai kenangan genap usia Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang mencapai 100 tahun. Antara cenderamata yang dikeluarkan ialah :-

*      Tali leher (Sutera)            RM          60.00 /unit

*      Pen                                      RM          25.00 /unit

*      Sticker Kereta 18”x4’      RM          05.00 /unit              

*      Jam Dinding                      RM          50.00 /unit              

*      Fun Watch                        RM          40.00 /unit              

*      Dress Watch                    RM          40.00 /unit

*      Commemorative Coin    RM          10.00 /unit

*      Dompet Kunci                  RM          25.00 /unit

*      Klip Tali Leher                 RM          10.00 /unit

*      Collar Pin                         RM          05.00 /unit

*      Kain Batik Untuk Baju    RM          60.00 /unit

Sesiapa yang berminat untuk memiliki cenderamata ini, boleh berhubung terus dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk sebarang tempahan dan pembelian.