LATA MENGKUANG

Sungai Mengkuang

Lokasi:

Kompartmen 72 Hutan Simpan Rimba Teloi.

11 km dari Pekan Sik atau 95 km dari Alor Setar.

Boleh dihubungi dengan jalan raya  

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 200 m a.p.l

Ciri-ciri Istimewa:

Sungai Chepir sepanjang 1 km mempunyai batu batanserta air yang jernih sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.

Berhampiran kawasan ini, terdapat air terjun setinggi 20 meter yang sangat menarik.

Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui

Terdapat denai hutan dari jalan balak lama sepanjang 5 km menuju ke Hutan Lipur Lata Lembu.

Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.

Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah perkelahan berkeluarga, mandi manda, beristirehat dan ‘summer camp’.

Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota), meranti tembaga (Shorea leprosula)dan palma.

Gambar-gambar lain

Balik ke Hutan Lipur