HUTAN LIPUR BATU HAMPAR, YAN

Lokasi:

Kompartmen 19, Hutan Simpan Gunung Jerai

3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar.

Boleh dihubungi melalui jalan raya. Berhampiran dengan Istana Hinggap KDYMM Sultan Kedah.

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 200 - 250 m a.p.l

Ciri-ciri istimewa:

Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung perlu menyusuri dusun buah-buahan, ladang getah dan perkampungan tradisional Melayu.

Berdekatan dengan hutan lipur ini terdapat sebuah perkampungan homestay iaitu Kampung Raga. Sungai Raga yang mengalir dari hutan lipur ke kampung ini pernah memenangi anugerah sungai terbersih dan tercantik di Malaysia.

Sungai Raga yang mengalir di hutan lipur ini sesuai untuk aktiviti riadah. Kawasan ini mendapat nama dari batu batan yang terdapat disekitarnya.

Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui

Kawasan hutan lipur ini terletak berhampiran dengan hutan simpanan hutan dara dan juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota) dan meranti tembaga.

Gambar-gambar lain

Balik ke Hutan Lipur