BUKIT WANG

Pintu masuk ke Bukit Wang

Lokasi:

Kompartmen 24, Hutan Simpan Bukit Perangin.
12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar.
Boleh dihubungi dengan jalan raya

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 100 m a.p.l

Kolam renang kanak-kanak

Ciri-ciri istimewa:

Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.

Pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui.

Terdapat denai hutan sepanjang 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 15 km yang lain menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak Janing.

"Permatang Seraya" yang merupakan deretan pokok-pokok meranti seraya (Shorea curtisii) yang berukuran melebihi 120 cm diameter tumbuh secara semulajadi

Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.

Lain-lain keistimewaan ialah tapak refleksologi dan deretan dirian palma yang menarik

Gambar-gambar lain

Balik ke Hutan Lipur