HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU

Indahnya Suasana

Lokasi:

Kompartmen 11 , Hutan Simpan Gunung Inas.

45 km dari Pekan Baling dan 42 km dari Kulim, 45 km dari Sungai Petani dan 110 km dari Alor Setar.

Boleh dihubungi melalui jalan raya.

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 150 - 200 m a.p.l   

Antara kemudahan yang ada

Ciri-ciri Istimewa:

Terdapat 5 peringkat air terjun yang mempersonakan dan merupakan ciri-ciri terpenting menambat hati pengunjung

Hutan Lipur Bukit Hijau ini pernah memenangi tempat pertama pertandingan landskap kategori taman pertanian / hutan lipur yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1997.

Terdapat beberapa denai hutan semulajadi yang menuju ke beberapa tempat seperti berikut:-

  • 5 km mengelilingi hutan lipur
  • 9 km ke Gunung Inas
  • 15 km ke Gunung Bintang Utara (sempadan Perak)
  • 15 km ke Bukit Baubak
  • 8 km ke Bukit Hijau

Kawasan hutan di sini juga telah dikelaskan sebagai kawasan hutan pelajaran dan penyelidikan. Terapat juga kawasan hutan simpanan hutan dara berhampiran dengan hutan lipur ini

Sesuai untuk semua aktiviti riadah seperti berkelah, beristirehat, mandi manda, jogging, aktiviti berkumpulan sehingalah aktiviti lasak seperti mendaki dan menjelajah denai hutan.

Boleh ditemui pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah

Tumbuhan utama di hutan lipur ini dari kaum dipterokarpa adalah seperti meranti seraya, meranti tembaga, meranti melantai serta kaum bukan dipterokarpa seperti kulim, terap, keledang dan bintangor .

Diantara fauna yang terdapat di kawasan ini ialah gajah, harimau belang, tapir, rusa, kijang, lotong kelabu, tupai serta pelbagai spesies burung dan unggas.

Gambar-Gambar Lain

Balik ke Hutan Lipur