HUTAN LIPUR DURIAN PERANGIN

Lokasi:

Kompartmen 13 , Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi. 12 km dari Pekan Kuah Langkawi.
Boleh dihubungi melalui jalan raya

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 100 m a.p.l

Ciri-ciri istimewa:

Tarikan utama Sungai Perangin yang mempunyai 14 peringkat air terjun dan batu batannya yang unik. Ianya sesuai untuk berkelah, berehat dan berekreasi.

Boleh ditemui pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah.

Terdapat denai hutan sejauh 5 km menuju ke Puncak Gunung Raya yang merupakan puncak tertinggi di Langkawi dan bersambung 5 km lagi menuju ke Kampung Buku Malaysia, Lubuk Semilang.

Mempunyai daya tarikan tersendiri dan menarik pada setiap peringkat air terjun . Denai hutan semulajadi yang sesuai untuk aktiviti lasak dan orienteering

Tumbuhan utama di kawasan ini ialah rengas, merpauh periang, melunak, meranti temak, meranti jerit, rotan dan palma.

Gambar-gambar lain

Balik ke Hutan Lipur