ORGANISASI DAN FUNGSI JABATAN

Menguruskan Hutan

Struktur organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Hutan dan Operasi Hutan, serta pentadbiran di Pejabat Hutan Daerah. Tanggungjawab bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut:-

Bahagian Pembangunan Hutan

Bahagian ini adalah bertanggungjawab mengurus dan mengawal segala aktiviti-aktiviti pembangunan hutan yang telah dirancang dan perlu dilaksanakan. Ianya melibatkan aktiviti-aktiviti pengurusan hutan, silvikultur di ladang hutan.

Bahagian Operasi Hutan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal pengusahasilan dan kutipan cukai atas semua keluaran hutan. Bahagian ini juga bertanggungjawab ke atas pengawalan kilang-kilang industri berasaskan kayu.

Pejabat Hutan Daerah

Bertanggungjawab mengenai pentadbiran, kawalan pengusahasilan, kutipan hasil dan penguatkuasaan undang-undang di peringkat daerah. Di samping itu, Pejabat Hutan Daerah juga bertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan aktiviti-aktiviti pembangunan hutan.

Jumlah kakitangan Jabatan ini adalah seramai 434 orang terdiri daripada pelbagai jawatan iaitu seorang Pengarah, 2 orang Timbalan Pengarah, 14 orang Pegawai Kanan, 12 orang Renjer Hutan, 113 orang Pengawas Hutan, 42 orang Pegawai di peringkat perkeranian, 218 orang di peringkat pekerja am dan 32 orang pemandu.

Pemandangan di Tasik Pedu

Balik ke Maklumat Asas Jabatan