HUTAN LIPUR GUA CHERITA

Lokasi:

Kompartmen 2 , Hutan Simpan Gua Cherita, Langkawi.

25 km dari Pekan Kuah atau 5 km dari Tanjung Rhu yang boleh dihubungi melalui jalan laut sahaja

Jenis Hutan:

Hutan Bukit Pantai

Ketinggian : 10 m a.p.l

Ciri-ciri istimewa:

Terdapat sebuah gua yang mempunyai legenda tersendiri iaitu kononnya burung garuda menjadikan gua ini sebagai tempat penyembunyian Tuan Puteri Maharaja China dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Di dalam gua ini terdapat sebuah batu seolah-olah tuan puteri sedang beradu seperti mana yang dikaitkan dengan hikayat tersebut.

Kawasan pantai berhampiran gua ini juga sesuai untuk aktiviti memancing

Gambar-gambar lain

Balik ke Hutan Lipur