HUTAN LIPUR SUNGAI TEROI GUNUNG JERAI

Muzium Perhutanan Negeri Kedah

Lokasi:

Kompartmen 22 dan 23 Hutan Simpan Gunung Jerai.
11 km dari Pekan Gurun atau 43 km dari Alor Setar.
Boleh dihubungi dengan jalan raya .

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Bukit
Hutan Dipterokarpa Atas

Ketinggian : 700 – 800 m a.p.l

Ciri-ciri istimewa:

Hutan lipur ini adalah istimewa di antara hutan-hutan lipur yang lain kerana kedudukannya di kawasan Gunung Jerai yang merupakan puncak tertinggi di Negeri Kedah. Hutan lipur ini merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi yang utama di mana Gunung Jerai telah disenaraikan oleh Lembaga Penggalakan Pelanconggan Negara sebagai salah satu dari tempat mendaki yang sesuai di negeri ini.

Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang terletak di pintu masuk hutan lipur ini mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan.

Terdapat pelbagai tumbuhan boleh ditemui di hutan dipterokarpa bukit hingga ke dipterokarpa atas seperti damar minyak dan tumbuhan jenis konifer seperti podo bukit, podo cucur atap serta podo ekor kuda.

Kawasan hutan lipur ini juga kaya dengan pelbagai tumbuhan perubatan tradisional seperti pokok cina maki, kelat (Syzygium spp) gelam, tongkat ali, kacip fatimah, mata pelanduk dan sebagainya. Terdapat juga beberapa tumbuhan yang jarang dijumpai di tempat lain seperti orkid liar dan periuk kera yang hidup subur tanpa gangguan.

Menuruni denai hutan sepanjang 1 km, terdapat air terjun yang unik, menarik serta kawasan perkelahan dan perkhemahan yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan.

Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi ke kawasan Gunung Jerai Resort di puncak gunung dan denai menuju ke Tangga Kenari Seribu Tahun.

Kawasan hutan lipur ini mempunyai suhu dingin dan nyaman sekitar 18 – 26 oC serta mempunyai pemandangan panorama menarik dengan kehijauan sawah padi serta laut Pulau Telor dan Pulau Bidan.

Berhampiran dengan hutan lipur ini terdapat beberapa tempat lagenda seperti Perigi Tok Sheikh, Padang Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh serta Batu Kapal

Sepanjang perjalanan dari kaki gunung ke hutan lipur ini, pengunjung jika bernasib baik dapat berpeluang untuk menjumpai sekumpulan monyet liar

Gambar-Gambar Lain

Balik ke Hutan Lipur