INDUSTRI BERASASKAN KAYU

Perabot

Di Negeri Kedah terdapat 35 buah Kilang Papan gergaji, 2 buah Kilang papan lapis/viner dan 9 buah kilang kayu kumai yang dilesenkan di negeri ini. Kesemua kilang ini telah memproses kayu balak sebanyak 241,653  meter padu pada tahun 1997. Di samping itu terdapat 308 buah kilang kerja kayu/perabot yang dilesenkan dan sebuah kilang Gentian Berketumpatan Sederhana (MDF).

Industri hiliran berasaskan kayu telah berkembang melalui aktiviti-aktiviti kilang-kilang papan, kilang papan lapis/viner, kilang perabot/kerja kayu, kilang kumai serta kilang pengawetan dan pengubatan.

Selain itu terdapat juga 60 buah kilang haram dan Jabatan sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam menangani kilang-kilang haram ini.

Kilang Papan

Memproses papan lapis

Balik ke Maklumat Asas Perhutanan