LAMAN WEB PERHUTANAN KEDAH MERAIH KEJUARAAN

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah memenangi Laman Web terbaik keseluruhan, selain meraih juara Laman Web terbaik bagi kategori Jabatan Kerajaan di negeri Kedah.

Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) memenangi bagi kategori Laman Web Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah Langkawi bagi kategori Laman Web daerah terbaik, Majlis Daerah Baling bagi kategori Laman Web kerajaan tempatan, Pejabat Tanah Kota Setar bagi kategori Laman Web pejabat tanah dan Pejabat Mufti Negeri Kedah bagi kategori Laman Web pejabat agama dan masjid.

YAB. Dato' Seri Menteri Besar Negeri Kedah ,Syed Razak telah  menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Laman Web terbaik sektor awam dalam pelbagai kategori, di Wisma Darul Aman, Alor Setar, pada 5 September 2000.