KUMPULAN SINARAN - NAIB JUARA KOVENSYEN KMK PERINGKAT KEBANGSAAN JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Kumpulan Sinaran Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman yang ditubuhkan pada January 1998, yang masih muda dan mentah dalam pengalaman telah berjaya mencipta nama diperingkat Kebangsaan.

Anggota Sinaran sedang beraksi

Walaupun hanya berjaya memasoki pusingan akhir dalm konvensyen KMK Jabatan Perhutanan Negeri Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 1998, pehak Jabatan Perhutanan Negeri telah mencalunkan untuk mewakili Jabatan Perhutanan Negeri bagi peringkat kebangsaan Jabatan Perhutanan Semenanjong Malaysia.

Dengan berbekalkan semangat yang jitu dan sokongan daripada rakan-rakan, pasokan Sinaran telah membawa sinar bagi Jabatan Perhutanan Negeri dengan mencapai kemenangan sebagaii Naib Johan konvensyen KMK peringkat kebangsaan Jabatan Perhutanan Semenanjong Malaysia yang diadakan pada 10 dan 11 Disember 1998 di Auditorium FRIM, Kepong Selangor.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsong dan juga mereka-mereka yang telah memberi sumbang dan sokongan dalam kejayaan pasokan ini yang dipimpim olih En. Nor Bashah bin Bahaudin selaku Fasilitator kumpulan.

Biodata Kumpulan

Satu lagi aksi Kumpulan Sinaran

Kumpulan ini telah menjalankan projek ini dengan menumpukan sepenoh perhatian terhadap masaalah penyiraman bijibenih dan anak benih di tapak semaian. Dengan mengunakan kaedah masa yang diperlukan selama 5 jam bagi menyiram keselurohan anak pokok dengan dua orang tenaga
Pekerja bagi menyelesaikannya.

Dengan mengunakan kaedah baru penyiraman beroda ini semua dapat diselesaikan dalam tempoh 2½ jam, dengan hanya seorang tenaga pekerja sahaja. Dengan itu tenaga kerja seorang lagi boleh digunakan bagi Menabong tanah kedalam polybag.

Pengurangan kos pembayaran bil air dan pembelian topsoil, polybag, bijibenih untuk tambahan dan sulaman anak semaian benih dalam tabong, adalah sebanyak 50 %.

Kos penciptaan alat penyiraman beroda ini untuk sebuat hanya RM 96.55 sahaja dengan mengunakan kerusi terpakai yang tidak digunakan lagi.

Penyiraman beroda bolih digunakan untuk pengangkutan dan sebagainya.

Ahli Kumpulan : Fasilitator : RH Nor Bashah bin Bahaudin
Ketua Kumpulan : PH Azmi bin Ahmad
Setiausaha : PH Nordin bin Dun
Ahli : PH Haji Zainol bin Mat Diah
PH Hamid bin Long
PRAK Yusof bin Ismail
PRAK Ku Nordin bin Ku Hamid
PRAK Nor Zamri bin Majid
PRAK Fuziah binti Md Zain
PRAK Ahmad Nazri bin Bakar

(Laporan oleh: Dasar Bakar)

Balik ke Kejayaan / Prestasi Jabatan