PEJABAT HUTAN DAERAH
KEDAH TENGAH

Hutan Paya Laut

Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah telah ditubuhkan pada tahun 1946. Berpusat di Sungai Petani. Pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah meliputi 4 daerah sivil, iaitu Kuala Muda, Yan, sebahagian Pendang, dan sebahagian Sik.

Kawasan Pentadbiran Pejabat Hutan Daerah, Kedah Tengah meliputi kawasan tanah seluas 343,615 hektar (3,433 km persegi). Hutan Simpan Kekal meliputi kawasan seluas 133,615 hektar iaitu 38.8% dari kawasan tanah. Pecahan kawasan Hutan Simpan mengikut daerah sivil adalah seperti berikut:-

Hutan Simpan Daerah (Hektar) Jumlah
Kuala Muda Yan Sik Pendang
Gunung Jerai 5,792 2,884     8,676
Terenas     7,685   7,685
Chebar Besar     1,184   1,184
Rimba Teloi     22,929   22,929
Ulu Muda     57,066   57,066
Bukit Enggang     7,845   7,845
Bukit Perak       12,343 12,343
Sungkup 2,318       2,318
Bukit Siong     8,191   8,191
Merbok * 5,378       5,378
JUMLAH 13,488 2,884 104,900 12,343 133,615
* Hutan Paya Laut

Pengurusan Pejabat Hutan Daerah, Kedah Tengah diketuai oleh seorang Pegawai Hutan Daerah, dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Hutan Daerah. Mereka bertanggung jawab terus kepada Pengarah Perhutanan Negeri dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pemeliharaan dan pembangunan hutan.

Pentadbiran di peringkat daerah seterusnya dibahagikan kepada tiga Renj iaitu Renj Jeniang, Renj Gulau dan Renj Sungai Petani. Setiap Renj diketuai oleh Renjer Hutan dan pegawai ini bertanggungjawab kepada Pegawai Hutan Daerah dalam melaksanakan aktiviti kawalan operasi pembalakan, operasi industri berasaskan kayu dan pembangunan hutan diperingkat Renj masing-masing.

Balik ke Pejabat-Pejabat Hutan Daerah