PEJABAT HUTAN DAERAH
KEDAH UTARA

Pejabat Hutan Daerah Kedah Utara telah ditubuhkan pada tahun 1952. Berpusat di Jitra. Pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Kedah Utara meliputi 7 daerah sivil, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Kota Setar, sebahagian Pendang dan sebahagian Sik.

Kawasan Pentadbiran Pejabat Hutan Daerah, Kedah Utara meliputi kawasan tanah seluas 365,718 hektar (3,657 km persegi).  Hutan Simpan Kekal meliputi kawasan seluas 88,366 hektar iaitu 24.2% dari kawasan tanah. Pecahan kawasan Hutan Simpan mengikut daerah sivil adalah seperti berikut:-

a) Kubang Pasu

b) Padang Terap

c) Langkawi

d) Sik (sebahagian)

....

....

....

....

12,864 hektar

45,851 hektar

26,218 hektar

  3,433 hektar

Chalet di Bukit Wang

Pengurusan Pejabat Hutan Daerah, Kedah Utara diketuai oleh seorang Pegawai Hutan Daerah dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Hutan Daerah (ditempatkan di Langkawi).

Pentadbiran Hutan di Daerah ini dibahagikan kepada tiga renj, iaitu Renj Langkawi, Renj Padang Terap dan Renj Kubang Pasu.

Balik ke Pejabat-Pejabat Hutan Daerah