Make your own free website on Tripod.com

LADANG HUTAN

Anak Pokok Jati

Program Ladang Hutan Jati Di Negeri Kedah merupakan salah satu usaha Jabatan Perhutanan Negeri Kedah kearah meningkatkan daya pengeluaran kawasan hutan dan seterusnya mengekalkan objektif jabatan untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri. Oleh itu adalah amat wajar, hutan sebagai sumber asli yang boleh diperbaharui (renewable natural resource) diuruskan dan dibangunkan secara berkekalan untuk menjamin sumbangan yang berterusan.

Menyumbang ke arah menjamin bekalan kayu-kayu yang mencukupi untuk keperluan tempatan di Semenanjung Malaysia.

Mengeluarkan kayu-kayan bermutu tinggi pada harga yang berpatutan.

Mewujudkan peluang pekerjaan baru utuk menampung kehilangan pekerjaan dalam sektor perhutanan akibat dari kekurangan pengeluaran kayu dari hutan asli.

Ladang Jati

Menggantikan kawasan hutan miskin dengan Ladang Hutan Bermutu Tinggi bagi mempertingkatkan daya pengeluaran kawasan berkenaan.

Mengurangkan pengimportan kayu kayan bermutu tinggi untuk menjimatkan pertukaran mata wang asing.

Projek Ladang jati seterusnya diberi perhatian khusus bermula dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat (1980-1985) sehingga kini di mana seluas 2,000 ha ladang hutan telah dapat dibangunkan di negeri ini.

Balik ke Pembangunan Hutan