LATAR BELAKANG

Hutan Hujan Tropika

Negeri Kedah Darul Aman merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang diliputi oleh Hutan Tropika yang mempunyai ekosistem alam semulajadi sangat kompleks di dunia. Hutan Hujan Tropika bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, bahkan juga mempunyai peranan yang tersendiri di dalam mengawal kestabilan dan kualiti alam sekitar. Hutan juga merupakan tempat perlindungan hidupan liar selain bertindak sebagai gedung simpanan sumber genetik disamping menjadi punca utama hasil hutan untuk kepentingan sosio-ekonomi negara.

Sektor perhutanan Negeri Kedah merupakan salah satu daripada penyumbang utama kepada hasil negeri. Sektor perhutanan juga menyediakan hampir 6550 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini melalui aktiviti pengusahasilan hutan dan industri berasaskan kayu. 

Sehubungan dengan ini, kawasan hutan di Negeri Kedah perlu diuruskan dengan sempurna dan sistematik demi mengekalkan kepentinganya kepada alam dan manusia. Atas dasar inilah, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan Jabatan Perhutanan Negeri pada tahun 1923 (Edward, 1950).  Ini diikuti dengan perwatakan kawasan berhutan sebagai Hutan Simpanan Kekal di samping perwujudan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan bidang perhutanan. 

Di samping bertanggungjawab mengurus dan mentadbir kawasan hutan di negeri ini, Jabatan Perhutanan juga bertanggungjawab menyusun strategi berasaskan kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya pengurusannya menjadi lebih mantap dan berkesan.

Pemandangan Jalan Hutan

Balik ke Maklumat Asas Jabatan