Make your own free website on Tripod.com

Prosedur Pengeluaran Lesen Bagi Mengambil Hasil Hutan (Borang 1)

Lesen bagi mengambil Hasil Hutan (Borang 1) adalah untuk tujuan pengambilan Kayu Balak, Kayu Bakau dan Rotan di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) dan Tanah Kerajaan.

Prosedur mengeluarkan lesen adalah seperti berikut:

a) Kelayakan untuk memohon atau menyertai tender hanya terbuka kepada Pemegang Sijil Pendaftaran Pengusaha dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah seperti berikut:

i) Pembalak Kelas A - Pembalak yang mempunyai kilang pemprosesan utama atau mempunyai jentera berat.
ii) Pembalak Kelas B - Pembalak yang tiada mempunyai kilang pemprosesan utama atau mempunyai jentera berat.
iii) Kelas C - Pengusaha untuk mengeluarkan hasil bukan kayu hutan.
iv) Kelas D - Pengusaha untuk mengeluarkan kayu bakau.

Fee pendaftaran yang dikenakan adalah:

i) Kelas A - RM200.00
ii) Kelas B - RM150.00
iii) Kelas C - RM25.00
iv) Kleas D - RM50.00

                                                   
b) Permohonan untuk mengeluarkan Hasil Hutan dari kawasan HSK dan Tanah Kerajaan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Kawasan Untuk Diusahasil Dalam Hutan Simpanan Kekal/Tanah Kerajaan ( Borang PHSKTK) atau melalui Borang Tender. Borang PHSKTK ini boleh diperolehi dari Jabatan Perhutanan Negeri dan Pejabat Hutan Daerah secara percuma manakala Borang Tender boleh diperolehi hanya dari Jabatan Perhutanan Negeri dengan bayaran RM10.00. Borang PHSKTK yang telah diisi perlu dikemukakan ke Jabatan Perhutanan Negeri beserta dengan:

i) Pelan kawasan yang boleh diperolehi dari Pejabat Hutan Daerah
   dengan bayaran RM5.00 sekeping.
ii) Fee memproses permohonan sebanyak RM100.00 untuk kawasan
   Hutan Dara atau RM50.00 untuk kawasan Hutan Sudah Kerja (KSK).

c ) Jabatan Perhutanan Negeri akan memproses permohonan tersebut dan suatu kertas kerja akan diangkat ke Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi Negeri Kedah (JTHBNK) untuk keputusan.                            

d) Keputusan daripada JTHBNK akan dimaklumkan kepada pemohon oleh Pengarah Perhutanan Negeri.

e) Pemohon yang berjaya perlu membuat bayaran fee seperti berikut:

                         i) Bayaran Premium

Mengikut harga tender; atau
RM500.00 sehektar untuk Hutan Dara; atau
RM250.00 sehektar untuk Hutan KSK; atau
Kadar bayaran yang ditetapkan oleh JTHBNK.

                         ii) Bayaran Penyediaan Lesen - RM100.00
                        iii) Bayaran Penyediaan Pelan - RM20.00
                        iv) Deposit Lesen - mengikut keluasan dan jenis hasil hutan.

g) Lesen akan dikeluarkan setelah perkara-perkara berikut disempurnakan:

Bil

Perkara

Kayu Balak

Kayu Bakau Rotan

Hutan Simpan
Kekal

Tanah
Kerajaan

1 Penandaan sempanan / Blok kawasan lesen x x x x
2 Penandaan Pokok

x

     
3 Aliran dan pembinaan Jalantuju

x

     
4 Pembinaan Matau

x

x

x

 
5 Pembinaan Kongsi

x

x

   
6 Penyediaan Ranncangan Mengusaha Hasil Hutan

x

     
7 Penentuan Balai Pemereksa Hutan

x

x

x

x

8 Pendaftaran Tanda Harta dan Tanda Pengelasan

x

x

x

 
9 Pendaftaran Pekerja dan Jentera

x

x

x

x

 

Balik Prosedur Pengeluaran Lesen