Prosedur Pengeluaran Lesen Industri Berasas Kayu

Prosedur mengeluarkan lesen mendiri dan menjalankan Industri Berasas Kayu berikut:

i) Kilang Papan
ii) Kilang Papan Lapis / Venir
iii) Kilang Papan Blok
iv) Kilang Serpih / Kilang Papan Serpai
v) Kilang Papan Gantian
vi) Kilang Mancis
vii) Kilang Pulpa dan Kertas
viii) Kilang Papan Bergerak
ix) Mendiri dan Menjalankan Loji Tanu Pengering / Loji Pengawetan

Adalah seperti berikut

a) Permohonan bagi mendapatkan lesen dibuat melalui Pegawai Hutan Daerah dan dimajukan kepada Pengarah Perhutanan Negeri beserta dengan butir-butir berikut:

i) Borang permohonan seperti dijadual pertama Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu sebanyak lima (5) salinan
ii) Kelulusan tapak dari Pihak Berkuasa Tempatan dan / atau Pejabat Tanah
iii) Pelan-pelan berkaitan (pelan petunjuk, pelan tapak, pelan tata letak dan pelan bangunan)
iv) Salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat atau Perniagaan

b) Jabatan Perhutanan Negeri Kedah akan memproses permohonan tersebut dan suatu Kertas Kerja akan diangkat ke Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi Negeri Kedah ( JTHBNK ) untuk keputusan.

c ) Keputusan daripada JTHBNK akan dimaklumkan kepada pemohon oleh Pengarah Perhutanan Negeri.                          

d) Maklumat-maklumat teknikal mengenai kilang diedarkan kepada Jawatankuasa Kilang Bahan Kayu Ibu Pejabat Perhutanan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.

e) Pandangan dan nasihat teknikal dari Jawatankuasa Kilang Bahan Kayu Ibu Pejabat Perhutanan disampaikan kepada pemohon. 

f) Pemohon yang berjaya perlu membuat bayaran fee sebagaimana yang ditetapkan.

f) Lesen akan dikeluarkan setelah kilang sempurna didirikan.


Prosedur mengeluarkan lesen mendiri dan menjalankan Industri Berasas Kayu berikut:

i) Kilang Kerja Kayu (Kilang Perabut) Kilang Kayu Kumai
ii) Mendiri dan Menjalankan Tanur Arang
iii) Mendiri dan Menjalankan Kilang Buluh / Rotan

Adalah seperti berikut

a) Permohonan bagi mendapatkan lesen dibuat melalui Pegawai Hutan Daerah dan dimajukan kepada Pengarah Perhutanan Negeri beserta dengan butir-butir berikut:

i) Borang permohonan seperti dijadual pertama Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu sebanyak lima (5) salinan
ii) Kelulusan tapak dari Pihak Berkuasa Tempatan dan / atau Pejabat Tanah
iii) Pelan-pelan berkaitan (pelan petunjuk, pelan tapak, pelan tata letak dan pelan bangunan)
iv) Salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat atau Perniagaan

b) Maklumat-maklumat teknikal mengenai kilang diedarkan kepada Jawatankuasa Kilang Bahan Kayu Ibu Pejabat Perhutanan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.

c ) Pandangan dan nasihat teknikal dari Jawatankuasa Kilang Bahan Kayu Ibu Pejabat Perhutanan disampaikan kepada pemohon.                          

d) Jabatan Perhutanan Negeri Kedah akan memproses permohonan tersebut dan keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon oleh Pengarah Perhutanan Negeri.

e) Pemohon yang berjaya perlu membuat bayaran fee sebagaimana yang ditetapkan.

f) Lesen akan dikeluarkan setelah kilang sempurna didirikan.

 

Balik Prosedur Pengeluaran Lesen