Prosedur Pengeluaran Lesen Pemindah (Borang 5)

Lesen Pemindah (Borang 5) adalah untuk tujuan pengambilan kayu balak daripada tanah berimilik. Prosedur mengeluarkan lesen adalah seperti berikut:

a) Permohonan Lesen dibuat melalui Pejabat Hutan Daerah dengan menggunakan borang permohonan (PTM 1). Borang ini boleh diperoleh dari Pejabat Hutan Daerah dan Pejabat Renjer Hutan.

 

b) Permohonan hanya akan dipertimbangkan ke atas kawasan tanah yang mempunyai hak milik yang sah sahaja. Tanah yang dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) tidak akan dipertimbangkan.

 

c) Setiap borang permohonan perlu disertakan dengan:-
i) Satu salinan surat Hak Milik yang disahkan oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan; dan
ii) Satu pelan kunci menunjukkan lokasi tanah.
space2.gif (116 bytes)
d) Jika permohonan itu bukan pemilik tanah, tuan empunya tanah perlu memberi keizinan dan menandatangani Surat Keizinan mengikut Borang PTM 2 yang disediakan.

 

e)

Butir-butir terkandung di dalam Borang PTM 2 perlu disahkan oleh pihak Pentadbir Tanah yang berkenaan.

 

f)

Sempadan kawasan tanah berimilik perlu ditanda dan dibersihkan terlebih dahulu untuk tujuan pemeriksaan.

 

g) Pemohon perlu berhubung dengan Renjer Hutan bagi menetapkan tarikh pemeriksaan kawasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat arahan dikeluarkan.

 

h) Jika sesuatu tanah berimilik itu tidak mempunyai batu-batu sempadan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Petempatan terlebih dahulu.

 

i) Permohonan dan laporan diangkat ke Pejabat Perhutanan Negeri untuk keputusan.

 

j) Keputusan dimaklumkan kepada pemohon oleh Pengarah Perhutanan Negeri.

 

k) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.

 

l) Permohonan yang berjaya perlu membuat bayaran fee seperti berikut:-
i) Penyediaan Lesen - RM 50.00
ii) Penyediaan Pelan - RM 20.00
iii) Deposit Lesen mengikut kedudukan kawasan.
m) Lesen akan dikeluarkan setelah perkara-perkara berikut disempurnakan:-

 

Bil

Perkara

Kayu Balak

Kayu Bakau

1 Penandaan sempadan / Blok kawasan lesen x x
2 Penandaan Pokok

x

-
3 Pembinaan matau

x

x

4 Penentuan Balai Pemeriksaan Hutan

x

x

5 Pendaftaran Tanda Harta dan Tanda Pengelasan

x

x

  Balik Prosedur Pengeluaran Lesen