HUTAN LIPUR LUBUK SEMBILANG

Lokasi:

Kompartmen 9 , Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi.
8 km dari Pekan Kuah Langkawi.

Boleh dihubungi melalui jalan raya yang sama ke Kampung Buku Malaysia.

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 100m a.p.l

Ciri-ciri istimewa:

Sungai sepanjang 2 km dengan 2 peringkat air terjun sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.

Boleh ditemui pelbagai flora dan fauna dari hutan pamah .

Terdapat denai hutan yang mendaki sejauh 5 km menuju ke Puncak Gunung Raya dan seterusnya 5 km menurun ke Hutan Lipur Durian Perangin.

Di permulaan denai yang mendaki, terletak Tangga Helang Seribu Kenangan.

Tumbuhan utama di kawasan ini ialah rengas, merpauh periang, melunak meranti temak, meranti jerit, rotan dan palma.

Gambar-gambar lain

Balik ke Hutan Lipur