OBJEKTIF JABATAN

Objektif Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman adalah seperti berikut:

  • Untuk menjadi pemimpin di dalam perladangan hutan bermutu tinggi (jati) di Malaysia.

  • Untuk menguruskan sumber hutan negeri secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.

    Sumber Hutan Yang Berkekalan

  • Untuk meningkatkan bekalan hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.

  • Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.

  • Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air dan tanah, dan penggunaannya secara berkekalan.

  • Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambah aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilaitambah yang tinggi.

  • Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.

  • Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.

  • Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negeri dan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

Balik ke Maklumat Asas Jabatan