PERANGIN SIK

Lokasi:

Kompartmen 16, Hutan Simpan Bukit Enggang.

3 km dari Pekan Sik atau 80 km dari Alor Setar.

Boleh dihubungi melalui jalan raya. Berhampiran dengan Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah.

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 100 - 150 m a.p.l

Ciri-ciri istimewa:

Kawasan ini juga dikenali sebagai Rimba Takwa dan merupakan hutan lipur yang terawal ditubuhkan di Negeri Kedah. Mula dikenali ramai sejak tahun 1986 selepas pelancaran Semarak Negeri Kedah.

Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung perlu menyusuri dusun buah-buahan, perkampungan tradisional Melayu dan ladang getah.

Hutan lipur ini menyediakan tapak perkhemahan yang boleh memuatkan seramai 1,000 peserta dan telah dikenalpasti sebagai tapak untuk jambori pengakap di peringkat antarabangsa.

Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui.

Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota) dan meranti tembaga.

Balik ke Hutan Lipur