08.03.1999 - Lawatan ke Renj Gulau

Peserta bergambar di depan lori balak

Pada 8.3.1999 (Isnin) seramai 13 orang Pembantu Tadbir telah mengadakan lawatan ke Renj Gulau, Sik, salah sebuah renj dalam daerah (hutan) Kedah Tengah. Di Pejabat Renjer Hutan Gulau, para peserta telah diberi taklimat mengenai tugas-tugas dan fungsi Balai Pemeriksa Hutan oleh Pegawai Yang Menjaga Balai (PH Mohd. Nasri bin Mohamad). Pada masa lawatan ini, kebetulannya ada beberapa buah lori sarat dengan kayu-kayu balak. Para peserta, yang sebelum ini hanya bertugas dalam pejabat, dapat melihat cara-cara kayu-kayu balak atas lori diukur dan taksirkan royalti yang dikenakan. Penerangan yang diberikan ini adalah sesuatu pengetahuan yang baru bagi para Pembantu Tadbir, terutamanya Sdra Ahmad Radzi Othman dan Sdra  Abdullah Abdul Rahim yang mula bertugas di Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan mulai 1.3.1999.

Selepas taklimat mengenai fungsi Balai Pemeriksa Hutan, rombongan bertolak ke Kompt.20 Hutan Simpan Terenas  bertolak dengan menaiki empat (4) buah Pajero dan dua (2) buah Land Rover. Turut mengiringi para pelawat ialah beberapa orang Pengawas Hutan dari Pejabat Renj. Gulau.

Mendengar taklimat tentang pembalakan

Di Kompt. 20 Hutan Simpan Terenas, ada terdapat pengusahasilan. Kawasan ini sedang diusahasilkan oleh  Guar Cempedak Sawmill dan kontraktornya pula ialah Kooi Siong Construction. Nombor lesen ialah KT.01-06-98 (Balak). Luas kawasan lesen ialah 311 hektar.

Apabila sampai di Matau, rombongan dapat melihat kerja-kerja mengangkut kayu balak ke atas 3 buah lori yang sedang menunggu giliran untuk membawa kayu balak keluar. Rombongan juga diberi penerangan yang ringkas oleh Pemangku Renjer Gulau iaitu Encik Ahmad bin Md. Dun. Beliau memberitahu hanya tinggal 10% sahaja hutan di Komp. 20 ini belum usahasil. dan untuk sampai ke kawasan yang belum diterokai itu jumlahnya 3 km daripada jalan. Rombongan juga makan tengahari di Hutan Simpan Terenas yang disediakan oleh Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah.

Kira-kira jam 2.50 petang rombongan berangkat pulang. (Laporan oleh: Mohd. Azali)

Pmg. Renjer memberi taklimat

Balik ke Peristiwa