06.05.1999 - Lawatan Jawatankuasa KWPH KE H.S. KOH MOI

Pada 6.5.1999 - Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, YB. Dato' Hj.Ismail B. Shafie selaku Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri telah mengadakan satu lawatan ke kawasan pembalakan Kompartment 12, Hutan Simpan Koh Moi, bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa KWPH Kali Ke 13 (Bil. 1/99) yang juga diadakan pada tarikh yang sama. Sempena lawatan tersebut, satu taklimat mengenai " Amalan Pengurusan Hutan" sekarang telah disampaikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kedah,

YB. Dato' SUK sedang diberi taklimat
mengenai  sistem tagging oleh
Pegawai Urusan Hutan

Aturcara lawatan itu turut diselitkan demostrasi kerja-kerja Pembangunan Hutan iaitu Inventori Hutan Sebelum Tebangan, Rawatan hutan iaitu kerja-kerja Memotong Akar/ Pepanjat dan Menjelang Pokok. Selain daripada itu, YB. Dato' Suk juga ditunjukkan prosedur perlaksanaan penandaan pokok (Tagging) dan seterusnya disusuli dengan demostrasi menebang pokok. Mesyuarat Jawatankuasa KWPH kali ini merupakan mesyuarat yang kali pertamanya diadakan dalam kawsan hutan. Menurut YB. Dato' SUK, inilah pengalaman pertama didalam kerja-kerja Jabatan Perhutanan terutamanya kerja-kerja yang berkaitan dengan tagging, inventori hutan dan operasi sebenar menebang pokok.

Pengarah Perhutanan Negeri sedang memberi
taklimat mengenai aktiviti pembalakan

Balik ke Peristiwa