26.07.1999 - Lawatan Jawatankuasa Tetap Pertanian Negeri Kedah

Pada 26 Julai 1999, Pengerusi Jawatankuasa tetap Pertanian, YB. Ahmad Lebai  Sudin dan ahli-ahli Jawatankuasa termasuk pihak media masa. telah melawat ke Kompartment 3, Hutan Simpan Chebar Besar. Turut hadir ialah   YB.Dato' Abdullah Hasnan dan seorang ADUN.

Lawatan kekawasan yang sedang dijalankan pembalakan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua ahli jawatankuasa pertanian tentang aktiviti-aktiviti perhutanan termasuk operasi dan pembangunan hutan supaya mereka lebih memahami dengan lebih jelas akan peranan Jabatan dalam memelihara hutan.

YB. Ahmad Lebai Sudin sedang diberi
taklimat oleh Pen. Pegawai Urusan Hutan

Taklimat dan demonstrasi beberapa aktiviti pembangunan seperti bancian, rawatan hutan, penandaan pokok dan penebangan pokok telah dilakukan semasa lawatan itu.  Maklumbalas yang diterima dari sebahagian peserta lawatan itu menunjukkan bahawa mereka kini sedar akan peranan berat yang dimainkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan ada setengahnya pula sangat gembira dapat berpeluang melawat kawasan hutan seperti itu dan mengesyorkan supaya diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Para pelawat  bergambar untuk kenangan

Melihat lebih dekat ....

Balik ke Peristiwa