15.08.1999 - Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan
                       Semenanjung Malaysia
                      

Buat pertama kalinya Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Encik Shahruddin Mohamad Ismail, melawat secara rasmi ke Jabatan Perhutanan Negeri Kedah pada tahun ini.  Lawatan ini telah diadakan pada 15 Ogos 1999 dengan diiringi oleh 2 orang Pegawai Kanan.

Taman Herba Di Kompleks Perhutanan Jeniang

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau persiapan Persidangan Pengarah-pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia ke 20 dan juga   Sukan MAKSPER 1999. Satu mesyuarat ringkas untuk meneliti kedudukan persiapan melalui  semakan 'checklist' telah diadakan setelah beliau tiba pada jam 9.30 malam di Hotel Holiday Villa. 

Di Bawah Pohon Jati

Pada hari berikutnya lawatan dan tinjauan diteruskan ke tempat-tempat penginapan dan pertandingan Sukan MAKSPER serta ke tempat cadangan lawatan luar untuk Persidangan di Jeniang dan juga Hutan Simpan Bukit Enggang.

Walaupun hari lawatan di adakan pada hari Ahad yang merupakan hari cuti bagi beliau,  tetapi beliau mengambil masa sehari suntuk untuk melawat kesemua lokasi.

Berbual Mengenai Herba

Balik ke Peristiwa