15.06.2003 Kem Perhutanan

Pada 1 hingga 4 Jun 2003, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menganjurkan Kem Perhutanan, di Hutan Lipur Bukit Hijau, Baling.

Penganjuran Kem Perhutanan yang disertai oleh anak-anak warga Jabatan Perhutanan Negeri Kedah ini adalah bertujuan memperkenalkan Jabatan Perhutanan kepada generasi muda. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti kem ini.

Kem Perhutanan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan, Encik Mohd Sohaimi bin Kurdi.

Para peserta kem ini telah diperkenalkan kepada pelbagai jenis pokok balak di kawasan perkemahan ini melalui acara 'tracking' dan juga diberikan penerangan mengenai kesan-kesan pembalakan sebelum pembalakan dan juga selepas pembalakan.

(laporan oleh: Dasar Bakar)

Balik ke Peristiwa