Make your own free website on Tripod.com
22.06.2003 Kem Motivasi Perkeranian

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Institut Pengurusan Kedah (K.I.M) telah menganjurkan Kem Motivasi Perkeranian. Kem ini telah diadakan dari 12 Jun hingga 14 Jun 2003, bertempat di Kem Perik, Kuala Nerang.

Peserta Kem ini adalah seramai 35 orang, terdiri daripada semua staf Jabatan di Unit Pentadbiran Jabatan Perhutanan dari seluruh Negeri Kedah. 

Kem yang memakan masa selama 3 hari 2 malam ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan semangat berkerjasama berkumpulan dan penyelesaian masalah melalui kerjasama kumpulan. Selain itu perserta juga didedahkan dengan keindahan hutan.

 

 

 
 
 
 

(laporan oleh: Nizam)

Balik ke Peristiwa