01.07.2003  Kursus / Latihan

Sehingga kini Jabatan Perhutanan Kedah Darul Aman telah menganjurkan beberapa Kursus dan Latihan yang bertujuan untuk menambah kemahiran dan pengetahuan kepada anggotanya. Di antara kursus-kursus dan Latihan adalah seperti berikut:

1. Kursus Fotografi

Tarikh:              05 hingga 06 Fabruari 2003
Tempat:            Hutan Lipur Bukit Hijau, Baling Kedah Darul Aman.
Peserta:            30 Orang (Renjer Hutan,Pengawas Hutan dan PRAK)

Tujuan:
 i.     Untuk memberi pendedahan kepada para peserta bagi memahirkan diri dalam bina fotografi dengan tujuan supaya jika terdapat sesuatu kes semasa menjalankan tugas.

ii.     Fotografi merupakan sesuatu barang bukti yang penting bagi sesuatu kesalahan untuk dibuat pendakwaan.

iii.    Kursus ini menerangkan dan memnberi panduan bagaimana gambar-gambar untuk diambil bagi kenggunaan sendiri dan barang bukti.

2. KEM PERHUTANAN ( JELAJAH HUTAN DAN SUNGAI )

Tarikh:              01 hingga 03 Mac 2003
Tempat:            Hutan Lipur Lata Mengkuang, Sik.
Peserta:            20 orang (Kelab Sukan Perodua Kuala Lumpur)

Tujuan:

1.      Untuk memberi kesedaran dan pendedahan didalam aktiviti perhutanan yang mana Jabatan Perhutanan merupakan sebuah agensi terunggl dalam pengurusan hutan Tropika.

ii.      Mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi. Diantara aktiviti yang terlibat dalam program Pengurusan Sumber Hutan ialah Penyelenggaraan Sempanan Luar Hutan, Inventori Hutan Sebelum Tebangan, Penandaan Pokok tebangan serta penandaan pokok-pokok perlindungan.

iii.     Kesan alam sekitar didalam aktiviti percerobohan hutan Bagi menjaga alam sekitar program pembangunan sumber hutan pula  meliputi inventori hutan selepas tebangan untuk meklumat rawatan susulan yang akan dijalankan keatas sesuatu dirian, rawatan memotong akar pepanjat, tanaman mengaya, tanaman bakau, tanaman ladang hutan dan tanaman kawasan lapang.

iv.     Pengurusan Hutan Lipur serta penguatkuasaan Undang-Undang Hutan.

 

3.  KURSUS MS ISO 9002 ( POST-F DAN CL )

Tarikh:              14 hingga 16 Mac 2003
Tempat:            Desa Utara Resort, Pedu.
Peserta:            42 orang (Kontraktor Pembangunan Hutan)

Tujuan:

i.     Untuk memberi maklumat dimana Inventori Hutan Selepas Tebangan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat dan terkemaskini yang mana sangat diperlukan untuk merancang, mengurus dan mengusahasilkan sumber hutan secara cekap, teratur dan sempurna disamping untuk merancang pembangunan jangka panjang hutan tersebut supaya faedah-faedah yang maksimum dapat diperolihi secara berkekalan mengikut paiwaian MS ISO 9002.

ii.      Sejajar dengan hasrat untuk mengurus hutan dengan sempurna dan rasional, adalah perlu bahawa maklumat-maklumat yang tepat dan terkemaskini mengenai sumber hutan diperolehi. Maklumat-maklumat diperlukan sebelum dan selepas pembalakan dijalankan supaya rancangan pengusahasilan dan rawatan silvikultur yang tepat dan berkesan dapat diatur. Ini akan menjamin bahawa bekalan kayu-kayan akan mencukupi dan kestabilan alam sekitar serta daya pengeluaran sesuatu dirian hutan tidak terancam.

iii.      Kursus ini juga menerangkan kerja-kerja  seperti:-

A)    Rekabentuk inventori

        i. Unit inventori
       ii. Tapak Inventori
      iii. Pokok-pokok Inventori.

 B)    Peraturan Inventori

         i.  Kerja-kerja persediaan
        ii.  Kerja-kerja inventori
       iii.  Borang-borang kerja luar 

 C)  Kerja-kerja  Pejabat

         i.  Kad inventori
        ii.  Petak stok

4. KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN SURVIVAL

Tarikh:             16 hingga 18 Mac 2003
Tempat:           Pusat Latihan Perhutanan Jeniang
Peserta:           35 orang (Pengawas Hutan dan PRAK)

Tujuan:

i.          Bagi membantu pekerja dalam memahami asas-asas pertolongan cemas dan survival jika terjadi kemalangan dan tersesat didalam hutan semasa menjalankan kerja.

 

5.  TAKLIMAT ANTI DADAH

Tarikh:            20 Mac 2003
Tempat:          Pusat Latihan Perhutanan Jeniang
Perseta:          150 orang ( Semua Kakitangan Jabatan)

6.   KURSUS TERAS  (MENSURASI HUTAN DAN UKURAN TANAH)

Tarikh: Mensurasi Hutan: 22 hingga 27 Mac  2003 Ukuran Tanah: 20 hingga 24 April 2003
Tempat:          Pusat Latihan Perhutanan Jeniang
Peserta:          25 orang (Pekerja Rendah Awam Khas)

 

7.  KEM MOTIVASI  (BINA SEMANGAT)

Tarikh:            30 Mac hingga 1 April 2003
Tempat:           Desa Utara Resort,Pedu
Peserta:           40 orang (Pekerja Rendah Awam Khas)

Tujuan:
i.        Mengapa aku disini
ii.       Persamaan
iii.      Pembentukan kumpulan
iv.      Tikar
v.       Nada Irama
vi.      Mental Trip
vii.     Persembahan garis hidupku
viii.    Indentiti kumpulan
ix.      Persembahan indentiti kumpulan
x.       Nilai
xi       Persiangan antara kumpulan
xii.     Projek mesra
xiii.    Bursa saham
xiv.    Kembara
xv.     Bendera/bahtera merdeka
xvi.    Luahan rasa

(laporan oleh: Dasar Bakar)

Balik ke Peristiwa