14.07.2003 Kursus Dendrologi Untuk Kontraktor Pembangunan
 

Bertempat di Kem Lasor, Kompartmen 74, Hutan Simpan Ulu Muda, satu Kursus yang bertujuan memberi pendedahan kepada Kontraktor Pembangunan Hutan yang terlibat dengan kerja-kerja Bancian Sebelum Tebangan (Pre-F) dan Bancian Selepas Tebangan (Post-F) telah diadakan pada 28 Jun 2003 hingga 2 Julai 2003.

Kursus yang dinamakan Kursus Dendrologi Untuk Kontraktor Pembangunan ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan dengan kaedah Asas Pengecaman Pokok yang betul dan bersistematik

Selain Kontraktor Pembangunan Hutan, Kakitangan Jabatan dari Unit Silvikultur dan Pelajar Praktikal dari Politeknik Shah Alam juga turut menyertai kursus ini.

Tenaga Pengajar Kursus adalah: Encik Mohd. Nasir bin Mohd dan Encik Anuar bin Wok, dari Unit Latihan Perhutanan, Kepong.

Peserta kursus bergambar berlatarbelakangkan banir Pokok Mersawa
Gajah (Anisoptera Scaphula)

Peserta Kursus diberi penerangan oleh Cikgu Mohd. Nasir berkaitan
susunan daun pada pokok Jelutong (Dyera Costulata)

Seorang peserta kursus sedang meneliti Pokok
Tunjuk Langit yang terkenal untuk kegunaan Ubatan
Herba Tradisional

Seorang peserta bergambar di dalam lubang yang
terdapat pada Pokok Meranti Tembaga
(Shorea Leprosula)

Seorang peserta bergambar berlatarbelakangkan Pokok Paku Pakis
sebagai salah satu khazanah hutan di H.S Ulu Muda

 

(laporan oleh: Nizam)

Balik ke Peristiwa