23.07.2003 Program Gotong Royong di Hutan Lipur Sungai Rambai
 

Pada 17 Julai 2003 yang lalu satu Program Gotong Royong di Hutan Lipur Sungai Rambai (H.S Bukit Perak), dalam Daerah Pendang telah diadakan. Program yang bertujuan untuk membersihkan kawasan Rimba Rekreasi ini telah di sertai oleh Jabatan Perhutanan Negeri, Rela, Putri UMNO, Res Q'991 ( Pertahanan Awam), Majlis Daerah Pendang, Penduduk-penduduk Kampong berdekatan, Polis dan juga Jabatan Kesihatan.

Pengarah PPN dalam ucapan aluan di majlis pelancaran progam ini, meminta masyarakat setempat berkerjasama menjaga kebersihan kawasan rekreasi Sungai Rambai. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi mengadakan tapak perkhemahan, mengindahkan lagi tempat perkelahan dan membaiki kemudahan asas seperti tandas.

Adun Sungai Tiang, YB. Mohd Rozai b. Haji Sufian, dalam ucapannya menegaskan untuk menjadikan kawasan ini, Ladang jati dan Perkampongan Siam (Kg. Budaya) sebagai satu produk pelancungan. Beliau juga menggalakan orang ramai menanam pokok.
 
Sempena  majlis ini sebanyak 3 batang pokok rambai ( sempena nama kawasan ini) telah ditanam oleh YB, Penolong Pegawai Daerah Pendang dan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman.

YB En. Mohd. Rozai, Adun Sungai Tiang sedang berucap

YB. Encik Mohd. Rozai Adun Sg. tiang sedang
 menanam Pokok Teja

Tuan Penolong Pegawai Daerah Pendang turut serta
menanam pokok

Tuan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman
sedang menanam pokok

Antara anggota Jabatan Perhutanan yang turut serta

Antara peserta gotong royong yang mengambil bahagian

 

(laporan oleh: Nizam)

Balik ke Peristiwa