31.07.2003 Ujian Pra-kelayakan pengisian jawatan PRAK
 

Pada 23 Julai 2003 lalu, satu ujian pra-kelayakan untuk pengisian jawatan PRAK telah diadakan. Ujian ini adalah sebahagian daripada saringan untuk pengambilan staf baru bagi jawatan Pekerja Rendah Am Khas. Seramai 542 orang peserta daripada 742 orang yang dijemput telah hadir untuk ujian ini, yang dinamakan "Larian Gunung Jerai"

 Para  peserta dikehendaki berlari kepuncak Gunung Jerai (11 kilometer), dan diikuti dengan ujian bertulis apabila    selsesai larian tersebut. Peserta yang berjaya dalam ujian ini kemudian akan dihubungi untuk temuduga dalam bulan Ogos 2003 nanti.

Ujian pra-kelayakan ini telah diawasi oleh Pengarah Perhutanan Negeri dan kira-kira 100 orang staf  Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman.

Para Peserta bersedia untuk berlepas

Pengarah Perhutanan Negeri sedang diberi penerangan  oleh Urusetia

Peserta telah sampai di puncak Gunung Jerai

Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Negeri Kedah Darul Aman yang
bertugas sebagai urusetia

Sebahagian daripada Urusetia

 

(laporan oleh: Mazlan)

Balik ke Peristiwa