18.08.2003 Kursus MS & I  dan MS Iso 9002
 

Pada 27 Julai 2003 hingga 30 Julai 2003 lalu, satu Kursus MS & I dan MS Iso 9002 telah diadakan. Kursus yang di khaskan Kontraktor Pembangunan Hutan yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darulman. Kursus ini diadakan di Desa Utara Pedu Lake Resort.

Seramai 17 orang pekerja yang terlibat secara langsung bagi kerja-kerja Bancian Sebelum Tebangan ( Pre-F), Bancian Selepas Tebangan (Post-F) dan Mengelang Racun (CL) menyertai kursus ini.

Di antara tujuan kursus ini adalah:

 i) Memberi pendedahan kepada peserta-peserta kaedah membuat Bancian dan Mengelang Racun berdasarkan kehendak Pensijlan MC & I dan MS ISO 9002.

ii) Meningkat kemahiran pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja Pembangunan Hutan.

Peserta dan Urusetia Kursus

Penerangan kaedah mengisi Kad Kompas dan Borang Inventori

Seorang peserta sedang mengukur diameter Pokok Medang
(Lauaceae Spp) sebagai Pokok Rujukan 

Pengenalan spesies dan Pengukuran Diameter
untuk bancian dalampetak 5m x 5m

Cat biru digunakan untuk Tiang Peket dipermulaan
Garis Inventori (GI)

 

(laporan oleh: Nizam)

Balik ke Peristiwa