13.12.1998 - Kursus Pengenalan Pokok Ibu dan Penyediaan Laporan

Para peserta kursus

Pada 13 hingga 15 Disember 1998 Unit Latihan dan Penyertaan Bumiputra telah menganjurkan Kursus Lanjutan Pokok-Pokok Ibu Dan Penyediaan Laporan Hutan di Kompleks Perhutanan Negeri Kedah, Jeniang.

Seramai 30 orang anggota  Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengikuti kursus tersebut bagi mendalami pengetahuan cara-cara menyediakan "Laporan Hutan", Undang-Undang Hutan, Akta Perhutanan Negara, Akta Industri Berasaskan Kayu.  Peserta terdiri dari Renjer - Renjer Hutan dan Pengawas-Pengawas Hutan.

Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah En. Sulaiman bin Salleh dan Pengawai Penguatkuasa En. Samsudin bin Sueet, telah bertindak sebagai penceramah. (Laporan oleh: Dasar Bakar)

Penceramah

Balik ke Peristiwa