29.11.1998 - SEMINAR PEMAHAMAN MC&I BAGI PEGAWAI PAKAIAN SERAGAM

Peserta membuat persembahan


Dalam era globalisasi atau teknologi maklumat bagi memenohi sasaran objektif ITTO tahun 2000, untuk merealisasikan gagasan tersebut cabaran utama ialah melaksanakan kriteria, petunjuk dan aktiviti pengurusan hutan (MC&I)
.

Pada 29 November hingga 1 Disember 1998 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman telah menganjurkan  seminar pemahaman MC&I bagi pegawai pakaian seragam untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang MC&I, selaras dengan prinsip pengurusan Hutan secara berkekalan yang diamalkan di negeri ini. Seminar ini adalah kali kedua.

Mempertingkatkan kefahaman terhadap peranan dan tugas yang telah dipertanggongjawabkan ke arah mencapai visi dan misi Jabatan serta memupuk semangat setia kawan serta nilai murni dan etika kerja yang berkualiti dan cemerlang.

Seramai 48 orang anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman yang menghadiri seminar ini selama 3 hari di Pantai Merdeka Resort, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman terdiri dari Renjer-Renjer Hutan, Pengawas-Pengawas Hutan dan Pelukis Pelan,

Ceramah-ceramah disampaikan En. Che Hashim bin Hassan Pengarah Perhutanan Negeri, En. Sulaiman bin Salleh Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri, Tuan Haji Mohd Kamal bin Saad Pegawai Silvikultul Negeri, En. Roslan bin Rani Pegawai Pengurusan Hutan, En. Samsudin bin Sueet Pegawai Penguatkuasa Negeri, En. Amir bin Idris Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah telah  membentang kertaskerja- kertaskerja bertajuk Pengenalan kepada MC & I/Kriteria dan Petunjuk bagi persijilan Pengurusan Hutan/ Aktiviti dan spesifikasi bagi persijilan Pengurusan Hutan, Motivasi dan ceramah Ugama. (Laporan oleh: Dasar Bakar)

Peserta seminar bergambar beramai-ramai

Balik ke Peristiwa