09.11.1998 - Lawatan ke Hutan Simpan Merbok

Menyusuri Sungai Merbok

Seramai 13 orang Pembantu Tadbir, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, yang terdiri daripada 8 lelaki dan 5 perempuan telah melakukan lawatan ke Hutan Simpan Merbok, salah satu kawasan Hutan Paya Laut di Negeri ini. Rombongan telah bertolak dengan dua buah bot dari Sungai Petani.

Di antara kawasan-kawasan yang dikunjungi ialah:

a) Kawasan Penanaman Semula Bakau di Kompt. 8 dan 9
b) Kawasan Usahasil di Kompt. 17
c) Plot Lenggadai di Kompt. 18
d) Kawasan Longgokan Bakau untuk industri cerucuk
e) Kawasan ternakan ikan dalam sangkar.

Rombongan telah diberi taklimat oleh Encik Abd. Yazid Hamad. Penolong Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah, di kompartmen 18  (plot lenggadai ). Peserta telah dimaklumkan mengenai masalah-masalah pokok bakau dan tindakan yang diambil oleh pehak pengurusan untuk mengatasinya. Encik Abd. Yazid juga telah menerangkan bahawa kawasan kompt. 18 ini akan dimajukan untuk dijadikan sebuah kawasan rekreasi. Para peserta juga telah terjumpa tapak kaki harimau semasa berada di situ.

Sesungguhnya lawatan ini telah banyak memberi faedah kepada peserta rombongan. Dengan lawatan ini dapatlah peserta mengetahui lebih mendalam mengenai kayu bakau, lenggadai dan sebagainya.  (Laporan oleh: Encik Mohd. Azali Mohd.Zain)

Balik ke Peristiwa