27.12.1998 - Bengkel Reduced Impact Logging  (Komponen Penyediaan Pelan Pengusahasilan Hutan)

Encik Ali Hj. Salim menyoal sesuatu


Unit Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjong Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan bengkel Reduced Impact Logging di Hotel MS Garden, di  Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada 27 dan 28 Disember 1998 dan dirasmikan oleh En. Che Hashim bin Hassan, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman.

Para peserta bengkel yang terdiri daripada kontrator-kontrator pembalakan dari negeri Kedah dan Perak, turut disertai oleh  Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman juga Pegawai Hutan Daerah Grik  dan Pegawai Hutan Daerah Kuala Kangsar Perak.

Para peserta bengkel

Antara lain. tujuan bengkel ini diadakan ialah bagi membincangkan kaedah-kaedah mengurangkan kerosakan hutan semasa operasi pembalakan dijalankan dan memahami tujuan misi dan visi Jabatan dalam menghadapi era globalisasi menjelang abad ke 21 serta membudayakan kerja standard melalui pelaksanaan ISO 9000 pada tahun 2000.

Pembentang kertaskerja bengkel tersebut terdiri dari Tuan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Dr Haji Abd Rahman Darus dari UPM dan Pensyarah dari Fakulti Perhutanan UPM. (Laporan oleh: Dasar Bakar) 

Balik ke Peristiwa