10 Januari 1999 - Majlis Membaharui Ikrar Perkhidmatan Awam

Majlis di atas telah diadakan di Dewan Persidangan Aras 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Seramai lebih 200 orang anggota Jabatan telah hadir. Selain membaharui ikrar oleh anggota Jabatan, majlis ini juga telah dapat mengikuti satu caramah motivasi oleh Tuan Syeikh Hazizan bin Md. Desa.

Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman dalam ucapan beliau, antara lain telah mengingatkan semua anggota supaya berkhidmat dengan lebih giat lagi agar dapat mencapai kemajuan yang lebih dari tahun 1998 atau pun agar dapat mengatasi kegagalan dalam tahun 1998.

Encik Foong Lai Hoy mengetuai majlis

Peserta membaharui ikrar

Balik ke Peristiwa