Make your own free website on Tripod.com

24.10.1998 - Konvensyen KMK Peringkat Jabatan

Kumpulan Rhizhopora dari Renj. Sungai Petani mewakili daerah Kedah Tengah telah berjaya mempertahankan kejuaraan dalam konvensyen KMK Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman telah bagi kali kedua yang diadakan pada 24 Oktober 1998 di Dewan Persidangan, Aras 12 Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah Darul Aman.

Sebanyak 5 kumpulan yang berjaya dalam saringan telah menunjukan kebolehan masing-masing terdiri dari Kumpulan Sinaran dari Renj. Kubang Pasu, Kumpulan Api-Api dari Renj. Langkawi, Kumpulan Rhizophora dari Renj Sungai Petani, Kumpulan Rimbawan Muda dari Renj. Jeniang/Sik dan Kumpulan Tag dari Renj Gulau.

Peralatan

Pada tahun ini konvensyen diadili oleh panel penilai terdiri dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) Tuan Haji Mustafa bin Hashim merangkap Ketua Panel, Intan Wilayah Utara Tuan Haji Kamaruddin bin Mohd Noh dan Pejabat Buroh En. Ahmad bin Modzakie.

Sebelum itu pada 10 Oktober 1998 telah diadakan saringan dimana sebanyak 9 Kumpulan dari Daerah Kedah Utara diwakili oleh Kumpulan Api- Api dari Renj. Langkawi,

Demonstrasi sedang dijalankan

Kumpulan Sinaran dari Renj. Kubang Pasu dan Kumpulan Landak dari Renj. Padang Terap, dari Daerah Kedah Tengah diwakili Kumpulan Rhizhopora dari Renj. Sungai Petani, Kumpulan Rimbawan Muda dari Renj. Jeniang/Sik dan Kumpulan Tag dari Renj. Gulau, dari Daerah Kedah Selatan diwakili oleh Kumpulan Mutiara Hijau dari Renj. Kulim, Kumpulan Unggul-Unggul dari Renj. Kuala Pegang dan Kumpulan Jimat dari Renj. Baling.

Kumpulan Tag dari Renj Gulau

Panel Penilai bagi saringan diadili oleh Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri En. Sulaiman bin Salleh, Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah En.Amir bin Idris dan Pegawai Hutan Daerah Kedah Utara En. Abd Hadi bin Husin. (Laporan oleh Dasar Bakar)

Panel Hakim

Balik Ke Peristiwa