PERUNDANGAN HUTAN

Selain Dasar Perhutanan Negara, pelaksanaan aktiviti perhutanan di negeri ini adalah juga berpandukan kepada undang-undang yang berkaitan dengan bidang perhutanan iaitu Akta Perhutanan Negara 1984, Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985, Kaedah-Kaedah Hutan 1989 dan Kaedah-Kaedah Industri Berasaskan kayu 1989.

Akta Perhutanan Negara 1984

Akta-Akta Berkaitan Perhutanan

Akta ini telah diterimapakai dan berkuatkuasa di Negeri Kedah mulai 1 Januari 1986. Walau bagaimanapun, akta ini telah dipinda pada 1993 yang bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan akta tersebut bagi membendung aktiviti pembalakan haram, pencerobohan hutan dan lain-lain kesalahan hutan yang mengancam sumber asli negara. Kaedah-kaedah Hutan juga diterimapakai di negeri Kedah pada 1 Julai 1989.

Serbuan yang diadakan

Akta Industri Berasaskan Kayu 1985

Akta Industri Berasaskan kayu 1985, telah diterimapakai di Negeri Kedah pada 1 Januari 1986. Akta ini telah dipinda pada tahun 1992 iaitu dengan mengambil kira isu-isu dan masalah-masalah berbangkit dari penubuhan, pelesenan dan pengendalian industri-industri berasaskan kayu. Pindaan ini juga selaras dengan pindaan terhadap Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 di mana melibatkan peningkatan kadar penalti dan hukuman serta mewujudkan prosedur bagi mengkompaun kesalahan. Kaedah-Kaedah Industri Berasaskan Kayu diterimapakai pada 1 Julai 1989.

Balik ke Maklumat Asas Perhutanan