PIAGAM PELANGGAN

  • Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan atau menjalankan kilang berasaskan kayu akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi.

  • Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat-syarat kelulusan.

  • Keputusan mengenai permohonan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasaskan kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima.

  • Menghargai maklumat serta maklumbalas yang diterima dari orang awam. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi dari tiga (3) hari.

  • Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra setiap masa.

Chalet Bukit Hijau

Balik ke Maklumat Asas Jabatan