PUNCAK JANING

Kawasan persekitaran yang menarik

Lokasi:

Kompartmen 41, Hutan Simpan Gunung Jerai.
14 km dari Pekan Kuala Nerang atau 50 km dari AlorSetar.

Boleh dihubungi melalui jalan raya

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 100 – 200 m a.p.l

Air yang sejuk dan jernih

Ciri-ciri istimewa:

Sungai Janing sepanjang 1.5 km mempunyai keunikan batu batannya yang sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.

Pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui di sini

Terdapat denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini disamping denai hutan yang lain sepanjang 15 km boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.

Keunikan kawasan ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi.

Tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah kasai (Pometia spp), tulang daing (Callerya atropurpurea), meranti tembaga (Shorea leprosula) serta palma.

Mempunyai litar ‘motorcross’ yang pernah digunakan oleh pelumba-pelumba antarabangsa

Gambar-gambar lain

Balik ke Hutan Lipur