Make your own free website on Tripod.com

PROGRAM SATU DAERAH SATU JENIS POKOK

Malaysia sebagai Negara Taman menjelang tahun 2005 adalah merupakan satu manifesto Kerajaan dalam usaha memelihara dan mengindahkan alam sekitar. Kerajaan memahami betapa perlunya nilai astetik pada negara kerana selain mempunyai landskap yang indah, nilai ini dapat meningkatkan lagi mutu hidup rakyat. Pelbagai usaha dan program telah dilakukan seperti Program Bersih dan Indah pada tahun 1991 yang bertujuan mempertingkatkan tahap kebersihan dan keindahan alam sekitar dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

Usaha-usaha lain bermasuk penubuhan Unit Landskap di Jabatan Perancang Bandar dan Desa pada tahun 1981 bagi membantu pihak-pihak berkuasa tempatan dalam kaedah landskap yang sistematik.

Di dalam Program Satu Daerah Satu Jenis Pokok, setiap daerah dicadangkan supaya mempunyai satu jenis pokok khas dan mengutamakan pokok tersebut dalam setiap program penanaman di daerahnya.

Objektif utama Program Satu Daerah Satu Jenis Pokok ialah untuk:

Negeri Kedah telah terkenal dengan tanaman pokok jati (lectana grandis). Pokok ini bukan sahaja ditanam sebagai pokok teduhan dan pengindahan, malah ia juga ditanam dalam bentuk perladangan kerana kualiti kayunya yang bermutu tinggi. Di samping tanaman pokok jati, tanaman pokok bau-bauan juga disyorkan supaya pengunjung ke Negeri Kedah menghidu bau wangi dan harum semasa memasuki Negeri Kedah. Pokok yang mengeluarkan bau harum yang dicadangkan untuk tanaman ialah pokok Cempaka putih (Michelia alba)  atau Cempaka kuning (Michela champaka) dan Kenanga (Cananga adarata).

Tambahan kepada tiga (3) jenis pokok bau-bauan yang akan menjadi tanaman utama, satu jenis pokok lagi adalah disyorkan ditanam disetiap daerah yang akan mengambarkan identiti bagi daerah berkenaan seperti berikut:-

Daerah Baling  ... Merawan Siput Jantan
Daerah Kubang Pasu ... Semarak Api
Daerah Yan ... Jemerlang
Daerah Kulim ... Bungor
Daerah Sik ... Medang Teja
Daerah Kota Setar ... Golden Shower
Daerah Kuala Muda ... Rhu Pantai
Daerah Langkawi ...  Payung Indonesia
Daerah Padang Terap ... Tecoma
Daerah Bandar Baharu ... Dedap Batik
Daerah Pendang ... Ara Beringin

Selain dari pokok-pokok besar yang dinyatakan di atas, adalah dicadangkan supaya pokok-pokok renek yang berbunga menarik ditanam di dalam taman-taman atau lanskap di daerah-daerah seperti Bunga Kertas (Bougaivillae), Peacock Flower (Caesalpima pulcherrima), Bunga Raya (Hisbiscus rosa-sinesis), Iksora (Ixora javanica) dan Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara).