Terangkan prosedur-prosedur untuk mengeluarkan Kayu Balak dari Tanah Milik.

Prosedur untuk pengeluaran Kayu Balak dari Tanah Milik adalah seperti berikut:-

a) Permohonan Lesen untuk mengeluarkan hendaklah dibuat melalui mana-mana Pejabat Hutan Daerah dengan menggunakan borang permohonan (PTM 1). Borang-borang ini boleh diperolehi dari mana-mana Pejabat Hutan Daerah dan Pejabat Renjer Hutan.
b) Permohonan hanya akan dipertimbangkan ke atas kawasan tanah yang mempunyai hak milik yang sah sahaja. Tanah yang dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL)
tidak akan dipertimbangkan.
c)

Setiap borang permohonan perlu disertakan dengan:-

i - Satu salinan surat Hak Milik yang disahkan oleh pihak Pentadbir Tanah
Daerah yang berkenaan, dan

ii - Satu pelan kunci menunjukan lokasi tanah.

d) Jika permohonan itu bukan pemilik tanah, tuan empunya tanah perlu memberi keizinan dan menandatangani Surat Keizinan dan menandatangani Surat Keizinan mengikut Borang PTM 2 yang disediakan.
e) Butir-butir terkandung di dalam Borang PTM 2 perlu disahkan oleh pihak Pentadbir Tanah yang berkenaan.
f) Sempadan kawasan tanah milik perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk tujuan pemeriksaan.
g) Jika sesuatu tanah milik itu tidak mempunyai batu-batu sempadan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Penempatan terlebih dahulu.
h) Pemohon perlu berhubung dengan Renjer Hutan bagi menetapkan tarikh pemeriksaan kawasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat arahan dikeluarkan.
i) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
j)

Fee yang dikenakan adalah:-

i - Lesen RM50.00

ii - Plan RM 20.00

Balik ke Soal Jawab