STRATEGI JABATAN

Di dalam mewujudkan sebuah agensi yang terunggul di dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan, beberapa strategi telah digariskan yang menumpukan pengurusan pembangunan, perindustrian, penguatkuasaan, pemuliharaan rekreasi, pengembangan dan seranta.

Melaksanakan operasi pengusahasilan hutan secara bersistematik dan terkawal demi untuk mengurangkan kerosakan terhadap dirian tinggal serta anak benih dan mengawal keseimbangan ekologi dan alam sekitar.

Melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan pembangunan hutan menerusi amalan silvikultur yang teratur bagi meningkatkan produktiviti yang maksimum.

Menggalakkan aktiviti-aktiviti rekreasi dan eko-pelancongan dengan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan rekreasi tanpa menjejaskan keadaan alam sekitar.

Meningkatkan kesedaran awam berhubung kepentingan perhutanan terhadap alam sekitar melalui aktiviti pengembangan dan seranta.

Balik ke Maklumat Asas Jabatan