SUMBER HUTAN

Jenis Hutan

Hutan di Negeri Kedah adalah sebahagian daripada Hutan Hujan Tropika yang merupakan salah satu daripada ekosistem yang kaya dan kompleks di dunia. Pada keseluruhannya Hutan Hujan Tropika boleh dibahagikan kepada tujuh(7) jenis hutan berdasarkan kepada ketinggian dari aras muka laut, iaitu:-

  • Hutan Paya Laut

  • Hutan Paya Gambut

  • Hutan Dipterokarpa Pamah

  • Hutan Dipterokarpa Bukit

  • Hutan Dipterokarpa Atas

  • Hutan Oak Gunung

  • Hutan Gunung Ericaceous

Pokok Tongkat Ali

Pokok Tongkat Ali

 

Kawasan Berhutan

Pokok Buluh

Jumlah keluasan 36 kawasan Hutan Simpan Kekal yang telah diwartakan sejak tahun 1929 bagi Negeri Kedah pada akhir tahun 1997 adalah 307,035 hektar iaitu kira-kira 32% daripada keluasan negeri. Di samping itu Kerajaan Negeri juga telah bersetuju meluluskan 10 kawasan lain sebagai Hutan Simpan Kekal yang dianggarkan berjumlah seluas 35,567 hektar.  Jika diambilkira keluasan Cadangan Hutan Simpanan Kekal ini, maka keluasan keseluruhan kawasan Hutan Simpanan Kekal bagi Negeri Kedah adalah 342,602 hektar atau 36% dari keluasan negeri.

Hutan Simpanan Kekal

Sebagaimana yang dikehendaki dalam Dasar Perhutanan Negara, setiap negeri perlu mengadakan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang cukup untuk tujuan perlindungan (Hutan Perlindungan), pengusahasilan (Hutan Berhasil) dan untuk tujuan rekreasi (Hutan Rekreasi).

Negeri Kedah mempunyai dua (2) jenis hutan iaitu Hutan Darat dan Hutan Paya Laut.

Keluasan kawasan hutan yang boleh dibalak di dalam Hutan Simpanan Kekal sepertimana ketetapan Majlis Perhutanan Negara ialah seluas 2,860 hektar setahun. Pada tahun 1997, jumlah pengeluaran kayu bagi seluruh Negeri Kedah ialah sebanyak 221,257 meterpadu.

Hutan Paya Laut di H.S. Merbok

Balik ke Maklumat Asas Perhutanan