HUTAN LIPUR SUNGAI BADAK

Lokasi:

Kompartmen 1 Hutan Simpan Gunung Jerai

3 km dari Pekan Gurun atau 35 km dari Alor Setar.

Boleh dihubungi melalui jalan raya dan perlu berjalan kaki atau menggunakan kenderaan pacuan empat roda sejauh 1 km.

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 100 – 150 m a.p.l 

Ciri-ciri istimewa:

Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Hutan Lipur Batu Hampar, Gurun.

Air terjun setinggi 15 m mempunyai tarikan tersendiri sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.

Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui

Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.

Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota) dan meranti tembaga

Gambar-gambar lain

Balik ke Hutan Lipur