HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM

Mencabar...

Lokasi:

Terletak di dalam kompartmen 15 Hutan Simpan Gunung Inas

33 km dari Bandar Kulim

Boleh dihubungi melalui jalanraya. Berhampiran dengan tapak perkhelahan DiRaja.

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 150 - 200 m a.p.l 

Ciri-ciri istimewa:

Sungai Sedim sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sangat sesuai untuk aktiviti berkayak

Semasa dalam perjalanan ke hutan lipur ini, pengunjung akan melalui pengalaman menarik dengan melintasi kampung tradisional Melayu dan dusun buah-buahan.

Antara aktiviti yang sesuai di kawasan rekreasi ini ialah berkayak, berkhemah, beristirehat dan menikmati keindahan flora .

Aktiviti berenang adalah dilarang di hutan lipur ini kerana arus airnya yang deras boleh membahayakan pengunjung.

Terdapat beberapa denai hutan yang menuju ke beberapa puncak gunung seperti Gunung Inas ( 1454 m a.p.l), Gunung Bintang Utara ( 1835 m a.p.l), Gunung Bintang ( 1862 m a.p.l) dan Banjaran Bintang (1699 m a.p.l)

Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui

Antara tumbuhan utama di kawasan ini ialah meranti seraya, meranti tembaga, meranti melantai, kulim, terap, keledang dan bintangor.

Keratan Akhbar

Balik ke Hutan Lipur