TASIK DAYANG BUNTING

Lokasi:

Kompartmen 7 Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting.

20 km dari Pekan Kuah, Langkawi.

Boleh dihubungi dengan jalan laut.

Jenis Hutan:

Hutan Bukit Pantai

Ketinggian : 20 m a.p.l

Ciri-ciri Istimewa:

Kawasan rekreasi ini mendapat nama dari Tasik dayang Bunting yang terdapat di pulau ini. Tasik lagenda ini mempunyai mitos yang tersendiri.

Tasik air tawar semulajadi seluas 10 hektar sesuai untuk mandi-manda dan riadah. Ianya bersebelahan dengan laut yang dipisahkan oleh batu berdinding selebar 10 m.


Terdapat aktiviti kayak dan perahu kayuh disediakan dengan bayaran berpatutan

Kawasan berbatu-batu sesuai untuk aktiviti lasak dan kembara

Tumbuhan utama di kawasan ini ialah malut, buey, resak, kelat (Syzygium spp) , merpauh periang (Swintonia schwenkii)serta berbagai spesies palma.

Balik ke Hutan Lipur