HUTAN LIPUR TELAGA TUJUH

Lokasi:

Kompartmen 8 , Hutan Simpan Gunung Machinchang , Langkawi.
20 km dari Pekan Kuah Langkawi.

Boleh dihubungi melalui jalanraya.Berhampiran dengan Pantai Kok dan Teluk Burau yang mempunyai banyak tempat penginapan bertaraf antarabangsa

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 250 m a.p.l

Ciri-ciri istimewa:

Sungai Perangin bermula di puncak Gunung Machinchang menghasilkan tujuh peringkat air terjun. Air terjun ini menghasilkan kolam-kolam semulajadi yang dikenali sebagai Telaga Tujuh. Ianya mempunyai tarikan tersendiri disetiap peringkat air terjun.

Lebih 600 anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke kawasan Telaga Pertama yang menjadi tumpuan utama untuk berkelah, mandi-manda, beristirehat serta melihat panaroma kawasan gunung yang menarik.

Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui

Denai hutan sepanjang 10 km melalui tepian sungai ke Puncak Gunung Machinchang merupakan batu-batan tertua di Langkawi

Mempunyai keunikan tersendiri pada setiap peringkat air terjun dan denai hutan semulajadi sesuai untuk aktiviti lasak dan orienteering

Tumbuhan utama di kawasan ini ialah rengas, merpauh periang, melunak, meranti temak, meranti jerit, rotan dan palma.

Gambar-gambar lain

Balik ke Hutan Lipur